5 tempat penginapan wajib dikunjungi di Melaka 2021

Bandaraya Melaka merupakan bandaraya bersejarah bagi ibu negeri Melaka. Melaka juga antara negeri yang ramai pelancong kunjungi bersama rakan-rakan ataupun dengan ahli keluarga. Tidak kira sama ada cuti sekolah atau tidak, Melaka sentiasa menawarkan tempat-tempat yang menarik seperti A Famosa, Pantai Klebang, Menara Taming Sari, Jonker Walk dan lain- lain.

Sebagai destinasi pelancongan yang popular di Malaysia sudah tentu Melaka juga menawarkan tempat penginapan yang hebat. Bagi mereka yang bercuti bersama ahli keluarga, resort dan hotel menawarkan lebih banyak aktiviti dan kemudahan. Oleh itu, mari kita kongsi beberapa tempat penginapan yang berpatutan di Melaka.

MAHKOTA HOTEL MELAKA

Mahkota Hotel melaka menyediakan penginapan dalam harga bajet yang sesuai dan berpatutan. Bahkan harga yang ditawarkan juga turutu berbaloi dan tidak mengabaikan keselesaan pengunjung. Oleh itu, Mahkota Hotel Melaka adaah pilihan yang tepat kerana hanya RM109+ semalaman. Selain itu, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pengunjung seperti taman hijau, taman permainan kanak-kanak, kolam renang, gymnasium yang lengkap dengan pelbagai peralatan dan lain-lain.

Hotel ini juga berhampiran dengan tempat tarikan pelancong seperti Upside Down House Gallery dan Menara Taming Sari hanya kurang 1km dari hotel. Terdapat dua jenis bilik iaitu standard dan deluxe. Dapur kecil dan peralatan juga turut disediakan.

BAYOU LAGOON PARK RESORT

Bayou lagoon park resort adalah sebuah resort yang sangat sesuai dan sempurna untuk seisi keluarga. Resort ini menyediakan kolam renang yang agak luas serta dilengkapi dengan gelungsur sesuai untuk kanak-kanak. Lokasi ini hanya 15 minit dari Bandar Melaka dan hanya 5 minit pemanduan ke pusat membeli belah Parkson dan Jusco.

Apa yang lebih menarik resort ini mempunya Magic 3D Art Muzeum yang terletak bersebelahan sahaja dengan lokasi hotel. Resort menawarkan harga yang sangat berpatutan bermula dari RM137 semalaman. Bukan itu sahaja, resort ini juga dilengkapi dengan penyaman udara, peti ais, sofa di setiap bilik. Pengunjung boleh menikmati kemudahan yang telah disediakan tanpa sebarang masalah.

TANJUNG BIDARA BEACH RESORT

Tanjung Bidara Beach Resort Melaka adalah hotel bintang 3 yang terletak 3km dari Hutan Lipur Sungai Udang. Resort ini terletak 45 minit jarak memandu dari Kota Melaka dan pengunjung hanya perlu berjalan kaki dalam 2 minit sahaja dari resort.

Untuk pengetahuan semua, resort ini menyediakan dua buah kolam renang untuk para penginap jadi pengunjung tidak perlu risau jika kolam terlalu ramai atau penuh. Jika sudah puas bermain air, mereka juga turut menyediakan perkhidmatan sewa basikal untuk berpusing-pusing di Kawasan sekitar sambal menghirup udara segar di tepi pantai. Bukan setakat itu, peralatan bbq juga turut disediakan untuk menambahkan lagi keseronokan bersama seisi keluarga.

Setiap bilik menawarkan pemandangan yang menyegarkan seperti laut biru dari pantai dan taman hijau. Sekiranya anda menginap di chalet lounge, terdapat kerusi dan tandas lain yang sesuai dengan keperluan anda dalam kebanyakan kes. Terdapat beberapa fasiliti lain seperti gelanggang tenis dan pusat kecergasan.

THE SHORE HOTEL & RESIDENCES

Shore Hotel & Residences adalah hotel yang sesuai dan berpatutan bagi pengunjung yang ingin tawaran harga yang murah. Penginapan harga hotel bermula dari RM150+ tetapi sangat selesa dan berbaloi.

Dari segi dalaman, hotel ini dihiasi dengan gaya moden dan mewah dengan menggunakan warna khas seperti hitam, kelabu dan putih. Apa yang lebih menarik, dari biilik anda menginap, anda mempunyai pilihan untuk melihat pemandangan sungai atau sekitar bandar Melaka yang indah. Antara kemudahan yang disediakan ialah dua jenis kolam renang (dalaman dan luaran), taman permainan kanak-kanak, gymnasium, sauna dan banyak lagi.

Setiap bilik memiliki ruang tamu yang luas untuk memastikan pengunjung selesa dan berpuas hati. Para pengunjung juga boleh menikmati akses internet Wi-fi secara percuma.

The Shore Hotel & Residences| Rooms

GOLD COAST MELAKA INTERNATIONAL RESORT

Gold Coast Melaka International Resort terletak hanya 20 minit dari Jonker Street. Bagi pelancong yang ingin menikmati pengalaman di Melaka, resort ini adalah pilihan yang terbaik kerana resort ini terletak di pusat bandar dan menawarkan pelbagai kemudahan yang dapat dinikmati. Lokasi yang strategik merupakan kelebihan utama kerana para pengunjung mudah untuk ke destinasi dan tarikan di Melaka.

Resort ini menawarkan penerimaan tetamu 24 jam, jadi anda boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Setiap bilik di resort ini memiliki penghawa dingin, TV, ruang makan dan sofa. Bukan itu sahaja terdapat taman tema air bagi kanak-kanak dan dewasa untuk dinikmati sepanjang percutian.

Di samping itu, kemudahan rekreasi hotel yang luas memastikan bahawa anda cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang penginapan anda. Malacca International Resort Gold Coast adalah tempat yang sesuai untuk menginap di Melaka.

Ini adalah beberapa tempat penginapan yang menarik di Melaka yang boleh anda pilih sesuai mengikut bajet anda. Ada konsep moden, tradisional, berpatutan, menyeronokkan, semuanya! Jadi pilih lah dengan bijak dan selamat bercuti!

Share this article with those closest to you: