
AG CAR RENTAL telah dikenali sejak tahun 2014. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan penyewaan kereta pandu sendiri. Setelah beberapa tahun menyedari hakikat bahawa sektor ini amat menggalakkan, maka pada 15 September 2017 AGTRAN Travel Sdn. Bhd. ditubuhkan di atas impian dan inspirasi pengarah.
AGTRAN Travel Sdn. Bhd. merupakan sebuah agensi yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016 sebagai sebuah syarikat berhad. AGTRAN Travel Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen dan sempurna supaya dapat memenuhi keperluan dan permintaan khususnya dalam sektor Kerajaan, Korporat, Syarikat-syarikat Perniagaan dan Badan-badan berkanun.
VISI
Untuk memimpin operasi perkhidmatan di Kota Bharu melalui penambahbaikan berterusan, kepuasan pelanggan dan inovatif. Untuk menjadi sebuah syarikat yang bereputasi dengan cemerlang dan mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti, persekitaran dan tanggungjawab sosial.
MISI
Komitmen yang kukuh kepada kepuasan pelanggan. Kami sentiasa berusaha menyediakan penyelesaian dengan profesional dan nilai tambah dalam semua perkhidmatan kami melebihi jangkaan pelanggan kami dan untuk mencapai matlamat kami. Kami mahu mencipta nilai dan untuk membuat perbezaan, itulah sebabnya kami menyokong lestari dan pelancongan yang bertanggungjawab.