Rumah 4 Musim Shah Alam

RUMAH 4 MUSIM SHAH ALAM | Mungkin ramai dalam kalangan rakyat malaysia yang tidak tahu di Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor wujudnya Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) dan pengunjung boleh menikmati suasana itu tanpa perlu berbelanja besar.

Anda tidak perlu ke luar negara jika ingin main salji atau merasa bagaimana menikmati cuaca 4 musim seperti di luar negara kerana kini anda boleh menikmatinya di Bukit Cerakah Shah Alam. Pasti jimat dengan hanya menggunakan kos yang rendah untuk menikmati suasana yang sama di luar negara.

Keunikan rumah 4 musim di Bukit Cerakah Shah Alam ini terdiri daripada musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh.

Info Mengenai Rumah Empat Musim :

  • Ia telah dibuka sejak tahun 1990
  • Seramai 50 pengunjung dibenarkan masuk dalam satu masa
  • Keluasan kawasan melebihi 2,438 meter persegi
  • Jarak laluan merentasi Rumah Empat Musim sejauh 1.5 Kilometer
  • Tidak disediakan baju sejuk untuk musim sejuk
  • Kadar bayaran masuk adalah RM5
  • Waktu beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang

BULAN

KUTUB UTARA

KUTUB SELATAN

MUSIM

Dis – Feb

Mac – Mei

Jun – Ogos

Sep – Nov

Salji

Bunga

Panas

Luruh

 

Panas

Luruh

Salji

Bunga

 

Sumber: www.yoy.my

Jika anda mahu bermain salji anda perlu datang ke sini pada bulan Disember  hingga Februari, jika mahu menikmati indahnya musim bunga ianya dibuka pada Mac hingga bulan Mei.

Manakala jika anda mahu merasa sendiri musim panas anda boleh datang pada Jun hingga Ogos dan jika anda mahu menikmati cantikknya daun berguguran anda boleh berkunjung ke sini sekitar bulan September hingga November.

Sumber: OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Sumber: Google

Pengunjung kanak-kanak dan dewasa merasa teruja ketika datang ke rumah 4 musim ini seperti sedang melancong ke luar negara. Ia dipenuhi ramai pengunjung yang tidak lupa  merakamkan gambar mereka di setiap sudut rumah 4 musim ini sebagai kenangan.

Dapatkan kereta sewa termurah di Shah Alam untuk sewaan keluarga mahupun kegunaan lawatan rasmi di sini. Jangan lupa hubungi segera melalui WhatsApp atau lawati instagram dan Facebook di bawah.

KERETA SEWA SHAH ALAM – KERETA SEWA MURAH DI SELANGOR
Hotline: Tekan untuk telefon / WhatsApp (018-989 0800) 
Website : Agtran.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *