Tempat Menarik di Puncak Alam

TEMPAT MENARII DI PUNCAK ALAM | Puncak Alam atau Bandar Puncak Alam yang diberi gelaran “Bandar Pancuran Air” adalah sebuah bandar baru didalam daerah Kuala Selangor. Selain kedudukannya yang berdekatan dengan UiTM Puncak Alam, terdapat pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati di sekitar Bandar Puncak Alam. Antara tempat-tempat menarik tersebut ialah:

  1. Kelip- kelip Kg Kuantan
Sumber: Majlis Daerah Kuala Selangor

Jika anda suka melihat lampu-lampu yang cantik, anda wajib ke sini kerana anda berpeluang menaiki bot untuk melihat banyak kelip-kelip yang terbang bebas yang mengeluarkan cahaya semulajadi. Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan yang memiliki koloni kelip-kelip terbesar di dunia.

Apabila malam menjelang, dengan suasana gelap di sekitar, anda akan terpesona melihat kecantikan kelip-kelip, ibarat anda hidup di dalam dunia magikal. Tips yang paling penting sebelum anda ke sini, anda dinasihatkan supaya jangan membuat bunyi bising dan tidak menggunakan kamera berflash kerana ia akan mengakibatkan kelip-kelip tersebut lari.

  • Waktu operasi: Setiap Hari dari pukul 8.00pm – 10.30pm (Kecuali Hujan)
  • Alamat: Firefly Park Resort Sdn Bhd, Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, 45000 Selangor Darul Ehsan

2. Pantai Remis

Sumber: flickr.com
Kawasan yang menjadi tarikan ramai penduduk tempatan untuk berkelah pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti bermain layang-layang, bersiar-siar di tepi pantai, memancing dan melihat matahari terbenam. Namun, pantai ini tidak sesuai kepada yang ingin bermandi manda kerana pinggir pantai ini telah ditambak oleh batu-batu besar.
  • Pantai Remis, 45800, Jeram, Kuala Selangor

3. Taman Alam

Sumber: .emily2u.com
Taman Alam ini terbahagi kepada 2 bahagian yang berbeza iaitu Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya Bakau. Kepada peminat-peminat burung, hutan ini sangat kaya dengan pelbagai spesis burung yang bukan sahaja dari dalam negara malahan burung-burung yang berhijrah dari luar negara.
 
Spesis burung yang menyinggah hutan ini dari luar negara biasanya datang setiap tahun mulai bulan September hingga April pada waktu negara asal mereka mengharungi musim sejuk. Antara spesis burung dari negara lain yang boleh ditemui di sini adalah burung Brown Shrike, Warbler, Purple Herow, Great Eagle dan banyak lagi. Spesis-spesis burung tempatan pula adalah seperti burung Raja Udang, bangau, Serandau dan lain-lain.
 
  • Waktu operasi: Setiap Hari Termasuk Cuti Umum (9.00am – 6.00pm)
  • Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Kami pasti penduduk sekitar telah melawat tempat-tempat menarik ini semua. Tetapi bagi yang datang dari jauh pula, tempat-tempat ini boleh menjadi sebahagian program percutian anda jika ingin ke Bandar Puncak Alam.
 
Kepada anda yang merancang untuk bercuti di sini selama beberapa hari dan mencari kereta sewa , anda boleh tekan di SINI untuk menempah kereta sewa, salah satu syarikat kereta sewa  terbaik di Puncak Alam , Shah Alam dan Kelantan bagi mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang selesa dengan harga yang sangat berpatutan. 

CARA BUAT TEMPAHAN:

Mudah sahaja, anda boleh WhatsApp kami di nombor ini:

 018-989 0800

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *