Tempat Menarik Di Shah Alam

TEMPAT MENARIK DI SHAH ALAM| Shah Alam  merupakan sebuah bandar di negeri Selangor yang agak pesat membangun sehingga pernah digelar sebagai Bandar Perindustrian, Namun, di sebalik kepesatan pembangunan di bandar ini, anda dapat merasakan ketenangan dan keindahan pemandangan di sekeliling bandar, boleh dikatakan pembangunan di Shah Alam agak seimbang dari segi material dan alam semulajadi. 

 Banyak sekali tempat yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara, nak tahu di mana? Ayuh kami tunjukkan!

Sumber: Booking.com
  1. Kalau anda pernah dengar tentang I-City Shah Alam, mesti anda terbayangkan pokok-pokok berlampu LED kan? Tapi anda tahu tak sebenarnya banyak lagi tarikan lain yang ditawarkan di I-City ni? Bersebelahan dengan pokok-pokok bercahaya ini terdapat Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius.

2. Shah Alam Royal Theater adalah sebuah bangunan dengan reka bentuk unik yang terletak di sebalik Grand Blue Wave Hotel di Seksyen 14. Dibina dengan bajet mencecah RM43 juta, teater ini siap didirikan pada tahun 2008 dengan konsep gaya seni bina Melayu-Bugis yang telah diolah untuk kelihatan lebih moden. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini dan bergambar berlatar belakangkan bangunan teater ini kalau tiba di Shah Alam nanti ya?

Sumber: PPAS.my

3. Perpustakaan dalam taman, Perpustakaan Raja Tun Uda merupakan sebuah perpustakaan awam yang lengkap dengan pelbagai kemudahan hi-tech seperti bilik wifi percuma dengan 100 buah komputer tersedia untuk pengunjung, yang syoknya lagi kalau anda suka menonton filem, anda bukan setakat boleh menikmati filem itu dalam bilik yang disediakan di perpustakaan ini, malahan, anda dapat menontonnya dalam 3D atau 6D!

Selain itu, perpustakaan yang memiliki 6 tingkat ini dapat menampung 400,000 buah buku dan 2500 orang pada satu-satu masa. Tambahan pula perpustakaan ini lengkap dengan kafeterianya sendiri dimana anda dapat menikmati makanan sambil melihat pemandangan tasik dan masjid yang sangat menyejukkan mata.

4. Jom bawa anak-anak ke taman tema air Wet World Shah Alam di mana anda sekeluarga dapat bermain air sepuas hati. Kalau anda merancang untuk berjalan ke tempat lain selepas ke taman tema ini, jangan risau pasal rambut basah, pihak wet world turut menyediakan kemudahan alat pengering rambut supaya tak adalah anda pening kepala sebab terpaksa pakai tudung dengan rambut basah bagi yang berhijab. Walaupun taman tema ini tidak sebesar Sunway Lagoon tapi ia tetap lengkap dengan segala kemudahan yang memastikan masa anda disana seronok dan selesa.

Sumber: dhiyaalfidaie

5. Di dalam Kompleks Taman Seni Islam ini anda dapat melihat beberapa galeri berbeza seperti Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Rekaan, Pewarnaan, Grafik dan Penerapan Emas. Yang paling menarik perhatian di Kompleks ini adalah manuskrip asli Al-Quran yang dianggarkan berharga RM20 juta. Satu perasaan yang amat menakjubkan apabila dapat melihat Quran ini di depan mata.

Kompleks ini juga merupakan tempat penghasilan hasil seni islamik. Yayasan Restu, merupakan organisasi yang bertanggungjawab menghasilkan Quran tulisan tangan yang pertama di Malaysia. Yang menarik lagi, dari Kompleks ini anda dapat menikmati panorama indah Masjid Shah Alam dan Taman Tasik Shah Alam.

Itu sahaja yang kami akan kongsikan. Jika anda ingin melancong di Selangor bersama keluarga, jangan lupa datang ke tempat tersebut sebagai kenangan!

Agtran mempunyai pelbagai jenis kereta sewa Perodua Myvi, Perodua Axia, Perodua Bezza dan Perodua Alza. Van yang boleh memuatkan 12 hingga 15 orang juga disediakan.

Kami sentiasa beroperasi 7 hari seminggu dan akan pick up di mana sahaja termasuklah di stesen bas Shah Alam. Banyak- banyak kereta sewa di Shah Alam, anda pasti akan lebih tertarik dengan promosi yang kami sediakan. Harga terlajak murah.

Hubungi 0189890800 untuk dapatkan kereta sewa dengan harga yang berpatutan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *